@kimseri_eina (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan sekadar rasanya yang sedap malah harganya murah pula tu. Namun, jika anda nak tahu harga makanan ini apabila dijual di luar negara boleh mencecah sehingga puluhan ringgit.
Seperti sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini berkenaan seorang pelajar tempatan di Korea mendedahkan harga makanan Malaysia di negara tersebut telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kimseri_eina, kelihatan seorang pelajar sedang memperkenalkan menu-menu makanan tempatan yang ada di kafe di Korea berserta harganya.
Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila harga makanan yang biasa di Malaysia seperti kuey teow goreng, mee udang dan sambal sotong adalah sekurang-kurangnya RM40 bagi setiap satu.
Memang boleh botak kepala netizen apabila mendengarnya. Sebenarnya, nilai mata wang Malaysia yang rendah membuatkan kita rasa harganya mahal padahal ia biasa bagi masyarakat di sana.
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 471.2K views, 55.5K likes dan 834 comments di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terkejut dengan harga makanan Malaysia di Korea. Malah, ada juga netizen yang terhibur dengan cara pelajar ini berkongsi harga makanan tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: