@gurl.butterfly (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hal ini kerana McDonald’s sentiasa dipenuhi dengan pelanggan, jadi lebih mudah jika membuat pesanan dalam kereta saja.
Namun, lain pula yang berlaku di dalam sebuah video tular ini apabila gelagat seorang gadis yang nekad turun dari kereta semasa berada di drive-thru McD telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @gurl.butterfly, kelihatan sekumpulan gadis itu baru saja tiba di salah satu cawangan McD untuk membuat pesanan makanan di bahagian drive-thru.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila salah seorang daripada mereka bertindak turun dari kereta dan ingin membuat pesanan di mesin drive-thru itu.
Lebih menghiburkan, reaksi spontan pekerja McD telah membuatkan mereka satu kereta gelak sana. “Haa kenapa keluar kereta tu?” katanya.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 900.9K views, 114.4K likes dan 500 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: