[VIDEO] Leka Sangat Main Telefon, Budak Ini Tak Sedar Semua Dah Tinggal Masuk Dalam Kereta

0
177
Cover image via
@anasuha_93 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hal ini kerana telefon bimbit semakin canggih dan kita boleh dapat semua maklumat daripadanya. Jadi, tidak hairanlah kenapa ramai sangat taksub dengan gajet ini.

Namun, lain pula yang terjadi dengan video ini apabila seorang budak lelaki leka bermain telefon sehingga tidak sedar ditinggal telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga baru saja habis makan di sebuah warung yang tidak dikenal pasti.

Namun, anak lelaki mereka dilihat begitu fokus melihat telefon sehingga tidak sedar mereka mahu beredar.

Apa yang lebih melucukan lagi adalah mereka semua siap masuk ke dalam kereta untuk melihat reaksi anaknya, namun budak itu masih tidak menyedarinya.

Mereka kemudian berpakat untuk cuba beredar seketika tetapi si anak tetap sama. Akhirnya selepas dipanggil baru dia perasan yang dia telah ditinggalkan.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat keluarga itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 120.2K likes dan 1,859 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: