@ann8nadzri (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak kiralah pemandu kereta, lori, bas, mahupun penunggang motosikal. Ada saja masalah yang mereka timbulkan.
Namun, tular pula sebuah video di TikTok baru-baru ini apabila gelagat seorang penunggang motosikal di tol telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @ann8nadzri, kelihatan si perakam sedang berada di salah sebuah laluan tol.
Apa yang membuatkan dia terkejut adalah apabila terdapat motosikal di depannya yang sedang membayar tol menggunakan laluan Touch ‘n Go.
Dia tergelak kerana motosikal sebenarnya tidak perlu membayar tol dan ada laluan mereka sendiri di bahagian paling kiri lebuh raya itu.
Namun, apabila ditegur oleh jurutol bahawa mereka tidak perlu membayar, penunggang motosikal itu segera lalu di tepi palang tol tersebut.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih sehingga 2.3M views, 147K likes dan 12K shares di TikTok, rata-rata netizen turut membuat spekulasi masing-masing mengapa penunggang motosikal itu masuk ke dalam laluan tol.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


