[VIDEO] Suami Prank Isteri Konon Saja Cancel Booking Restoran, Reaksinya Pula Bikin Dekah

0
385
Cover image via
@zainulidzham (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak terkecuali dengan sebuah video ini apabila seorang lelaki telah membuat prank call kepada isterinya telah mengundang reaksi yang tidak terjangka.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @zainulidzham, kelihatan lelaki itu sengaja ingin melihat reaksi isterinya apabila mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Dia kononnya memberitahu si isteri telah membuat tempahan di sebuah restoran untuk lima orang dan batalkan tempahan tersebut tanpa memberitahu pihak mereka terlebih dahulu.

Isterinya yang tidak tahu apa-apa pada awalnya masih bercakap dengan nada yang sabar. Namun, dia naik angin apabila diasak dengan pelbagai soalan daripada pihak restoran itu.

“Awak ni jangan tiba-tiba eh,saya ni tak ada reserve apa-apa. Ala tiba-tiba lah kau ni. Ehh apa masalah kau ni? Gila ke apa?” marah isterinya.

Ikutan tularnya video itu yang kini telah mendapat 717.1K views, 53K likes dan 621 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar perbualan mereka berdua.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: