[VIDEO] “Salah Sumbat” – Cara Budak Lelaki Ini Pakai Airpods Undang Tawa Netizen

0
224
Cover image via
@gorilla.hitam (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan anak-anak kecil memang mempunyai pelbagai ragam namun telatah mereka ini jugalah yang menghiburkan hati kita.

Sama seperti video di TikTok baru-baru ini berkenaan telatah seorang budak lelaki yang memakai airpods terbalik telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu dibawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gorilla.hitam, kelihatan seorang budak lelaki menghulurkan sebelah airpods yang dikatakan kehabisan bateri kepada bapanya.

Apabila bapanya melihat betul-betul rupanya budak lelaki tersebut memakai airpods dengan cara yang salah iaitu pada posisi terbalik.

Bapa budak lelaki tersebut memanggil isterinya dan kemudian sama-sama ketawa dengan ragam anak mereka itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 414.5K tontonan, 57.9K tanda suka dan 774 komen.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah budak lelaki memakai airpods terbalik ini.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: