@bbyydarling (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka bukan saja panjang akal, kadangkala kecoh sehingga membuatkan suasana rumah menjadi lebih riuh dan ceria. Perangai nakal mereka juga akan membuatkan para ibu bapa merasa geram.
Sama seperti video di TikTok baru-baru ini apabila seorang budak perempuan selamba menjawab soalan seorang wanita tentang ayahnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang membuka bagasi ayahnya yang baru pulang dari luar kota.
Sedang asyik dia mencari sesuatu, dia dihampiri oleh seorang wanita yang bertanyakan cari apa. Dia dengan selamba menjawab mencari duit. Apabila ditanyakan lagi “kok kamu tahu di situ ada duit?”.
Jawapan yang diberikan memang di luar jangkaan. Pada awalnya, dia menjawab tahu sebab ayahnya kaya. Namun, kemudian dia menyambung jawapannya dengan “kayak setan”. Perkara itu telah membuatkan wanita itu ketawa terbahak-bahak.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 16.2M tontonan, 2.3K tanda suka dan 29.9K komen di Tiktok, rata-rata netizen turut tidak sangka dan terhibur dengan jawapan budak perempuan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


