“Kucing Kalis Air” – Longkang Tersumbat, Tak Sangka Ada Yang Halang Ini Curi Tumpuan

0
270
Cover image via
@naz92bg (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Oleh itu, kebanyakan kucing memang selalu buat hal dan secara tidak langsung mereka pasti tanpa sengaja akan merosakkan barang-barang kita.

Seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan dengan lagak selamba seekor kucing yang menjadi punca longkang tersumbat telah mencuit hati netizen.

Lihat video penuh itu dibawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @naz92bg, kelihatan seekor kucing yang berwarna kelabu sedang santai melepak di dalam longkang kecil.

Tuan kucing itu menyangka longkang rumahnya tersumbat kerana sampah, lalu dia pun keluar rumah untuk melihat keadaan sebenar.

Apa yang melucukan adalah apabila sebenarnya yang membuat angkara ialah kucingnya sendiri. Haiwan itu tanpa rasa bersalah duduk di dalam longkang dan menghalang air daripada mengalir.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M tontonan, 163.5K tanda suka dan 3317 komen.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat selamba kucing tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: