Baru Je Naik, Mamat Ini Dah Terpelanting Dulu Sampai Abang Banana Boat Kena Patah Balik

0
274
Cover image via
@amrllakml (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tambahan pula bagi mereka yang gemarkan aktiviti extreme, memang sesuailah jika menaiki banana boat yang akan menjatuhkan kita di tengah laut secara tiba-tiba.

Namun, lain pula yang terjadi kepada pemuda ini apabila satu insiden menimpanya ketika menaiki banana boat bersama kawan-kawan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amrllakml, kelihatan dia dan kawan-kawannya sedang bercuti di sebuah pulau dan mereka menaiki banana boat bersama-sama.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila pemuda itu yang duduk di posisi balik belakang secara tiba-tiba terpelanting seorang diri sebaik saja bot baru bergerak.

Lebih melucukan lagi, pemandu bot yang perasan akan kehilangannya telah patah balik untuk mengambilnya semula sebelum aktiviti itu bermula.

Manakala, kawan-kawannya hanya mampu tergelak kerana tidak ada seorang pun yang sedar dia telah terpelanting dan tertinggal di belakang.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 162.7K tontonan, 20.6K tanda suka serta 343 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat insiden lucu yang berlaku kepada pemuda itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

You may be interested in: