“Macam Baby Boss” – Bayi Comel Bisik Nak Minta Susu Dekat Ayah Ini Buat Ramai Cair

0
262
Cover image via
@hendrizalmurad (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tambahan lagi jika anak kecil mempunyai perangai yang panjang akal. Memang jadi tak keruan ibu bapa nak melayan mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang bayi kecil meminta susu dengan ayah telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hendrizalmurad

Bila semua dh tidur,diaa pulakk kalut nak susu…adoii zafri…

original sound – HendrizalMurad – ..HendrizalMurad..

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ayah sedang merakam gelagat anaknya di bilik mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si cilik itu tiba-tiba minta susu dekat ayahnya sambil menunjukkan perutnya. Lebih melucukan lagi adalah apabila dia bertanya dengan cara berbisik.

“Bila semua dh tidur,dia pulakk kalut nak susu…adoii zafri…”, tulis ayahnya.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 165K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik yang comel.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: