“Don’t Mess With My Kid” – Sabar Layan Trick Aiskrim Turki, Tapi Reaksi Budak Ini Pula Win

0
344
Cover image via
@raypangyh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mereka biasanya akan membuat beberapa helah sebelum memberi aiskrim yang betul kepada pelanggan mereka. Tak dinafikan, ia memang menghiburkan bagi golongan dewasa.

Namun, lain pula yang jadi di dalam video ini apabila kesabaran seorang budak diuji ketika membeli aiskrim Turki telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di salah sebuah kedai Turki yang tidak diketahui lokasinya. Difahamkan, keadaan itu adalah sebelum berlakunya Covid-19.

Budak itu dilihat dengan sabar untuk mendapatkan aiskrimnya, tetapi seperti biasa dia perlu menghadap beberapa helah yang dilakukan pekerja itu.

Namun, disebabkan sudah tidak tahan, dia menjatuhkan kon aiskrim tersebut dan terus pergi ke arah ayahnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.6M views, 752.6K likes dan 6,344 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

You may be interested in: