“Rezeki” – Tak Sengaja Langgar Kereta Depan, Gadis Terharu Pemilik Kereta Tak Melenting

0
289
Cover image via
@_shuhadamohamad (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Oleh sebab itu, setiap pengguna jalan raya mesti mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Tambahan lagi, kita juga perlu menyelenggara kereta mengikut tempoh yang ditetapkan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis tidak sengaja melanggar kereta depannya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@_shuhadamohamad

“This is why maintenance is very important. Not just with cars, but with everything in life.” #accidentally #lessonlearned

Sad songs of piano and strings – hidekazu

Menerusi video berkenaan, dipercayai rakaman tersebut merupakan video daripada dashcam kereta yang dipandu oleh seorang gadis.

Sedang asyik dia memandu ke depan, dia tidak sengaja terlanggar kereta hadapannya yang berjenama Honda. Kemudian, pemilik kereta itu turun dan memeriksa keadaan keretanya.

Gadis dalam kereta juga turun dan sempat meminta maaf kepadanya. Dia juga mengajak pemilik kereta itu pergi ke bengkel terdekat.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila pemilik kereta itu sangatlah baik dan menenangkan gadis itu. Pemilik kereta itu berkata “Sikit saja, jangan risau. Everyone make mistakes”.

Gadis itu juga sempat berpesan kepada orang ramai supaya jaga dan servis kereta supaya dapat mengelakkan kemalangan.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 552K tontonan, 58K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: