Lelaki Ini Dipuji Ramai Sebab Gigih Balutkan ‘Buku Pink’ Isteri, Hasilnya Memang Kemas!

0
345
Cover image via
@mrs.tan7 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Buku pink digunakan sebagai rekod semasa check up bersama doktor untuk memantau kesihatan dan perkembangan para ibu dan bayi di dalam kandungan.

Malah, ia amat penting sebagai bukti di hospital jika berlaku apa-apa kecemasan terutamanya sewaktu tiba masa untuk bersalin.

Walau bagaimanapun, antara kekurangan dokumen ini adalah ia agak nipis, leceh untuk dijaga dan mudah rosak.

Jadi, tidak hairanlah jika baru-baru ini seorang lelaki mengambil inisiatif untuk membalut buku pink isterinya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mrs.tan7 Penantian yg ditunggu2 mmg super excited laa doakan urusan kami dipermudahkan. #parentstobe #bukupink #9bulan10hari #mommydaddy Pamela – Bots

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mrs.tan7, kelihatan wanita itu merakam gelagat suaminya yang sedang membalut buku pinknya yang sudah bersepah dengan kertas rekod kesihatan.

Hal ini kerana jururawat yang bertugas selalu akan menampal saja kertas-kertas tanpa mengikut saiz buku dan ia membuatkan buku itu kelihatan sangat tidak kemas.

“Husband nak balut tapi buku pink ni susah nak balut sebab nurse dah lekat dalam dia dengan macam-macam kertas. So suami dapat idea balut dengan cover buku. Kemas la pulak kan. Lepas ni dah tak terpeleot bucu-bucu buku tu kena bag,” katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 157.6K views, 11.2K likes dan 150 shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut memuji kesungguhan suami wanita itu yang sangat mengambil berat untuk memudahkan urusan isterinya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read: