@ilinadhrahkamal (TikTok)
Kebanyakan yang dijangkiti wabak ini pasti akan berasa sedih kerana tidak dapat bertemu dengan keluarga tercinta buat sementara waktu.
Begitu jugalah buat pasangan suami isteri yang viral di TikTok ini apabila terpaksa berkuarantin dan perlu berpisah dengan kucing kesayangan mereka.
Lihat video penuh di bawah:
Menerusi video yang dimuatnaik oleh @ilinadhrahkamal, kelihatan gelagat kucing tersebut yang jelas sangat rindu akan belaian tuannya.
Kucing tersebut selalu berlegar-legar dan menunggu tuannya di hadapan pintu bilik kerana ingin meluangkan masa bersama.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, apabila dia sempat merakam kucing tersebut memerhatikanya daripada jauh.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 346.2K tontonan, 63.4K tanda suka dan 763 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: