@adektheblindcat (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Cara mereka makan, tidur, duduk, tengok televisyen dan macam-macam lagi sememangnya dapat menghiburkan hati.
Sama seperti sebuah video yang memaparkan gelagat seekor kucing ini apabila caranya duduk telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @adektheblindcat, kelihatan kucing berwarna putih itu suka membuat posisi duduk yang lain daripada kucing lain.
Gelagatnya itu berjaya dirakam di mana ia menggantungkan kedua-dua tangannya di batang ampaian kain tuannya sambil termenung seorang diri.
Menurut tuannya, posisi spontan itu sering dilakukan oleh kucingnya setiap kali ia duduk bersendiriran.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 586.9K tontonan, 137.7K tanda suka serta 713 perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gaya duduk kucing comel itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


