@kashfiakif1 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iyalah, dapat mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran untuk sampai di hari penikahan. Hari tersebut sudah pasti menjadi hari yang penuh momen indah.
Begitu juga dengan pasangan pengantin yang viral di TikTok apabila pengantin lelaki menggigil apabila ingin menyentuh tangan isteri selepas akad nikah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sedang berlangsungnya majlis akad nikah antara pasangan pengantin dan wali di sebuah tempat yang tidak dikenal pasti.
Setelah proses akad nikah selesai, tibanya giliran pengantin perempuan untuk mencium tangan si suami. Namun, kelihatan pengantin lelaki sangat cemas sehinggakan ibunya terpaksa naik pelamin dan tenangkan.
Pengantin lelaki dilihat terketar-ketar tangannya semasa ingin menyambut salam cium daripada si isteri. Perkara itu menarik perhatian ramai.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 327K tontonan, 27K tanda suka dan 900 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


