@aisyahizyani (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kisah-kisah seperti itu sudah semestinya memberikan inspirasi buat kita semua terutamanya bagi mereka yang berbadan besar supaya lebih bersemangat untuk mencapai bentuk badan dan berat ideal yang mereka inginkan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok mengenai seorang gadis yang berkongsi perjalanan dietnya selama 10 bulan di mana dia berjaya menurunkan separuh dari berat asalnya.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @aisyahizyani, dia menggabungkan beberapa keping fotonya sebelum dan selepas dia diet.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah dia berjaya menurunkan 45 kilogram (kg) iaitu separuh dari berat asalnya 90kg hanya dalam masa 10 bulan.
Apabila ditanya apakah rahsianya, dia sempat memuat naik beberapa lagi video untuk menjawab soalan-soalan daripada warganet.
Lihat video-video tersebut di bawah:
Susulan tularnya video gadis itu yang kini mendapat 826.8K tontonan, 117K tanda suka serta hampir 3K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet kagum dengan usaha Aisyah untuk menurunkan berat badannya.
Secara tidak langsung, ramai yang terinspirasi dengannya dan ingin mengikut cara diet Aisyah demi mencapai berat badan yang mereka inginkan.
Bukan itu saja, Aisyah malah dipuji kerana walaupun sudah kurus dia masih menutup auratnya sama seperti dulu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: