[VIDEO] Suami Sampai Geleng Kepala Terkejut Dengar Harga Air Starbucks Yang Isteri Order

0
210
Cover image via
@nhytie.h (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai antara anda yang pernah menikmati air daripada Starbucks. Walaupun harganya agak mahal berbanding kedai lain, namun masih ramai meminatinya kerana rasanya yang sedap.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang suami terkejut mengetahui harga air yang dipesan isterinya dari kedai berkenaan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan suami isteri sedang membeli air minuman Starbucks melalui drive-thru.

Pada awalnya si suami bertanyakan air apa yang ingin diminum. Isterinya lalu menjawab mahu memesan air Ferrero Rocher. Difahamkan, isterinya merahsiakan harga minuman air tersebut untuk melihat reaksi suaminya itu.

Namun, sebaik saja sampai di tempat pembayaran, si suami terkejut mendengar harga air yang diberitahu cashier iaitu RM30. Situasi itu membuatkan suaminya kemudian terus membebel kepadanya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan pandangan mereka mengenai pasangan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 526.8K views, 29.3K likes dan 1,538 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: