@leonnd2108 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iyalah, mereka bukan boleh dipercayai sangat. Kadangkala sampai lintang-pukang dikejar dengan ayam atau angsa.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis dikejar ayam di halaman rumah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berada di luar rumah sambil menikmati pemandangan.
Apa yang lebih menarik adalah apabila dia tiba-tiba dikejar oleh ayam yang tidak dikenal pasti datang dari mana. Sambil dia berlari, rakannya yang merakam aksi gadis itu dari rumah sudah memesan jangan lari.
Namun, dia tidak menghiraukan lantas tetap berlari sampai ke dalam rumah. Apa yang lebih melucukan adalah dia berlari dengan kelajuan yang perlahan sehingga ayam itu sempat mematuk seliparnya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 10.9M tontonan, 1.1M tanda suka dan 27K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


