@fanasofea (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang sudah merancang lamanya untuk bersama dan ada juga yang temui jodoh dalam masa singkat. Sudah pasti, perkahwinan merupakan saat dan momen indah yang tidak dapat dilupakan.
Tambahan lagi anda dan pasangan sudah sah menjadi suami isteri. Tentu ada rasa berdebar-debar dalam hati bukan?
Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila gelagat pasangan pengantin yang menggigil setiap kali memegang suaminya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsung sebuah majlis perkahwinan yang tidak diketahui lokasinya.
Kelihatan juga pasangan penganti sudah bersiap sediah untuk berarak. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah gelagat pengantin perempuan yang berdebar-debar ketika majlis berkenaan.
Dia mula menggigil dan berpeluh tangan setiap kali dia memegang dan mencium tangan suaminya itu.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 107.3K likes dan 2,445 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:


