[VIDEO] Ibu Tanya Anak Belajar Apa Di Sekolah, Sekali Cara Jawabnya Pula Undang Tawa Ramai

0
250

Menerusi video yang dikongsi di laman akaun TikTok @mylitlehayyan, kelihatan si kecil itu baru saja diambil oleh ibunya dari sekolah.

Kanak-kanak yang mesra dipanggil Hayyan itu sememangnya dikenali sebagai seorang yang petah berkata-kata.

Apa yang menghiburkan adalah apabila ibunya bertanya apa yang dipelajari di sekolah, dia spontan membalas “nothing, Hayyan don’t learn nothing”.

Lebih melucukan lagi, dia juga berkata dia bermain toys di belakang kelasnya. Kemudian, ibunya bertanya “why cannot bring home, mama wants to play too”, dia pantas menjawab “cannot it’s friend punya”.