[VIDEO] “Pergi Selepas 15 Hari Menikah” – Suami Dedah Keluar Ketulan Masa Malam Pertama

0
213
Cover image via
@en_syaminn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dapat hidup bersama-sama hingga ke tua merupakan satu nikmat untuk setiap pasangan suami isteri. Namun, hidup ini memang penuh dengan ujian dan dugaan. Bukan semua orang dapat merasai nikmat itu.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki kehilangan isteri setelah 15 hari menikah disebabkan sakit telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, suaminya telah memuat naik gambar-gambar bersama arwah isterinya semasa pernikahan mereka.

“Ayang rehatlah sekarang ya, dah lama ayang menderita dan tahan sakit. Biar orang buat kita macam mana sekali pun kita jangan balas. Allah ada biar Allah yang balas”, tulisnya.

Dipercayai, isterinya terkena buatan sihir atau santau daripada seseorang. Menerusi temu bualnya, dia menceritakan isterinya selalu sakit perut, terseksa dan sakit di bahagian kemaluan. Suaminya juga memberitahu bahawa setiap kali arwah isterinya makan, dia akan memuntahkan semula sehingga badannya lembik.

Lihat video sambungan itu di bawah:

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 146K tontonan, 6K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dengan situasi itu. Malah, ramai yang bersimpati dan mendoakan yang baik-baik buatnya.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: