@solehhh._ (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Antaranya banana boat, bot pelampung dan banyak lagi permainan air yang menyeronokkan. Aktiviti air selalunya akan membuatkan badan dan baju basah lencun sebab mereka akan menjatuhkan kita dengan sengaja.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila sekumpulan geng lelaki dah kecundang sebelum main telah mencuri tumpuan.
LIhat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang bersedia untuk bermain bot pelampung di pantai.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila sedang asyik mereka rasa excited dan bersedia untuk mula. Tiba-tiba geng lelaki itu hilang kawalan dan bot itu terbalik sehingga mereka jatuh ke dalam air.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 207K tontonan, 16K tanda suka dan 188 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: