@boslat (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Meskipun tarikh itu cantik untuk dipilih, namun kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang tentukan segalanya.
Terbaru, sebuah video tular di TikTok memaparkan gelagat pasangan YouTuber, Aisyah Habshee dan Muhsin Yusni telah mencuit hati ramai gara-gara tarikh 22.2.22.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh Aisyah Habshee, kelihatan ketika itu dia baru saja selesai menunaikan solat di biliknya.
Tiba-tiba suaminya datang dari belakang dan sengaja berseloroh memintanya yang sarat mengandung untuk beranak pada hari itu juga kerana tarikh yang cantik iaitu 22.2.22.
Aisyah yang dilihat kepenatan pantas menjawab “I pukul you nanti sayang, kepala otak hang! Mana ada rugi, janji dia sihat. I ni dah la sakit badan, dia boleh pilih-pilih tarikh buat appointment pulak. Doa jelah kat Allah,” bebelnya.
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih sehingga 1.8M views, 249.1K likes dan 4K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: