Menerusi video yang dimuat naik oleh @quinazreen, kelihatan budak lelaki itu melarikan diri dari rumah sambil membawa beg galas di belakangnya.
Difahamkan, dia berkelakuan sedemikian kerana merajuk dengan atuknya. Dalam cuaca panas terik, dia dilihat berlari dengan laju seolah-olah tidak nekad mahu tinggalkan rumah.
Namun tidak lama kemudian, kelihatan dia menunggang motosikal bersama atuknya yang gigih memujuk cucu kesayangan untuk balik ke rumah.
Gara-gara malu kelakuannya itu dirakam, dia pura-pura tidur di belakang atuknya. Malah, dia juga dikatakan hanya membawa empat helai baju saja semasa lari dari rumah.
Lihat video sambungan itu di bawah: