“Keluar Doa Iftitah” – Cabut Gigi Guna Benang, Budak Kecil Ini Terus Taubat Sebab Sakit

0
225
Cover image via
@cancer17r (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, pada usia kecil itulah gigi baru mula nak tumbuh dan membentuk gigi yang lengkap. Oleh sebab itu, kita sering melihat ibu bapa menggunakan benang untuk mencabut gigi anak-anak pada zaman dulu.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang ibu mencabut gigi anaknya menggunakan benang di Indonesia telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan mengalami gigi goyang. Dia kemudian baring di peha ibunya untuk dicabut.

Ibunya mengikat giginya dengan benang, dia sempat bergurau senda tetapi dimarahi ibunya. Sedang asyik dia menunggu, ibunya menarik benang itu dengan cepat tanpa pengetahuannya.

Dia kemudian dilihat kesakitan dan terus bangun. Budak itu lalu melatah membaca doa Iftitah sambil merakam dirinya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 22M tontonan, 2M tanda suka dan 43K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu. Malah, ramai yang bersimpati dengannya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: