@zackgendut (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang asyik buat lawak, ada juga yang tidak boleh duduk diam, ada juga yang mempunyai kawan yang blur. Semua momen bersama kawan-kawan memang seronok dan tidak dapat dilupakan.
Sama seperti video yang tular di TikTok apabila sekumpulan rakan melancong ke Perak namun salah seorang kawannya membuat hal ketika menaiki river cruise telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang menaiki river cruise di Perak dengan dibawa oleh seorang tourguide.
Tugas tourguide itu adalah untuk menjelaskan sejarah tempat berkenaan. Selepas tourguide itu menuju ke depan bot, kelihatan seorang lelaki ingin meniru aksi tourguide dengan menarik ranting kayu di luar bot.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila lelaki itu terjatuh keluar semasa dia menarik ranting pohon di luar bot. Perkara itu menghiburkan rakan-rakannya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang meraih sehingga 596K tontonan, 87K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: