[VIDEO] Lelaki Ini Beli Apron Online, Tapi Saiz Kotaknya Pula Tarik Perhatian Ramai

0
264
Cover image via
@supreetdangol (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang lebih selesa membeli-belah secara dalam talian saja kerana lebih memudahkan urusan dan menjimatkan masa.

Namun, lain pula yang berlaku kepada lelaki ini apabila barang yang dibelinya secara online dihantar menggunakan kotak besar mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @supreetdangol, kelihatan dia membeli sehelai apron secara dalam talian dan menunggu barangnya itu sampai di depan rumah.

Tetapi, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila apron tersebut dihantar menggunakan sebuah kotak besar yang saiznya jauh lebih besar.

Sebaik saja kotak itu dibuka, kelihatan apron yang dibelinya itu manakala ruang lain kosong tanpa sebarang isi. Malah, dia berkata kotak itu boleh muat sebuah televisyen.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berdekah melihat saiz kotak yang digunakan oleh syarikat penghantaran itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: