UiTM Umum Istiadat Konvo Terpaksa Ditangguh, Graduan Tuntut ‘Ganti Rugi’ Kos Tiket Flight

0
211
Cover image via
UiTM Pulau Pinang
& UiTM Shah Alam

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan terbaru yang dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook mereka, pihak UiTM terpaksa menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 universiti itu yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac ini susulan peningkatan kes jangkitan harian Covid-19.

Keputusan penangguhan berkenaan dibuat selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) yang diadakan semalam.

“Melalui Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) semalam, pihak universiti bersetuju untuk menangguhkan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac 2022 yang membabitkan seramai 27,287 graduan.

“Penangguhan ini membabitkan UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak serta UiTM Cawangan Sabah dan Istiadat Konvokesyen ini dijangka akan dilaksanakan pada Jun hingga Julai 2022.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berikutan peningkatan penularan jangkitan Covid-19 secara mendadak di seluruh negara yang amat membimbangkan pihak universiti,” tulis kenyataan itu.

“Pihak pengurusan UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh graduan dan ibu bapa serta turut berasa kesal dengan situasi yang di luar kawalan ini dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ini.

“Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau menghubungi 03-55443110 atau 03-55443114.

“UiTM akan terus memantau perkembangan wabak ini serta menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen dalam kalangan graduan meluahkan rasa kesal dan tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat.

Mereka mendakwa sudah membeli tiket penerbangan, booking hotel dan mengambil cuti tahunan untuk ke Istiadat Konvokesyen berkenaan.

Malah, ada juga yang ingin mahukan pihak universiti menanggung ganti rugi kos perbelanjaan mereka telah keluarkan untuk majlis tersebut.

Berikut antara komen netizen di Facebook:

Begitupun menerusi pautan yang dimuat naik oleh UiTM mengenai Soalan Lazim (FAQ) Penangguhan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (Sesi November 2020).

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UiTM sedang berusaha untuk memudahkan isu tiket penerbangan dengan syarikat penerbangan.

Berikut di bawah antara senarai Soalan Lazim (FAQ) mengenai Penangguhan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (Sesi November 2020):

You may be interested in: