@stagramour (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti ini sebenarnya dapat mengurangkan tekanan kita, tambahan lagi jika dilakukan bersama rakan-rakan. Pasti ada saja kerenah lucu mereka.
Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila sekumpulan gadis terpaksa menahan malu semasa sedang asyik berkaraoke telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis sedang asyik berkaraoke di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Namun, semasa sedang syok menyanyi, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang ingin menghantar makanan di bilik mereka.
Situasi itu membuatkan semuanya terus terduduk malu sambil menutup muka masing-masing kerana segan melihat lelaki itu.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat mereka itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 331.9K views, 54.2K likes dan 666 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: