@bulletproof99 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hiking beramai-ramai memang seronok, tambahan lagi jika sampai ke puncak gunung yang mempunyai pemandangan yang indah dan tenang.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis menaiki buaian di puncak gunung tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menaiki hammock yang berada di puncak gunung.
Sedang asyiknya dia menaiki buaian itu, dia juga berasa seram dan takut kerana ketinggiannya. Aksi gadis itu telah dirakam oleh rakan-rakan dibelakangnya. Dia sempat berkata “Oh My God” apabila buaian sampai di tengah-tengah yang bawahnya merupakan hutan.
Kemudian, dia dilihat ingin berhenti dan turun daripada buaian itu. Namun, gadis itu hilang kawalan sehingga dia terpaksa memegang buaian itu kerana kakinya tidak lagi menjejakkan ke atas tanah.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 600K tontonan, 74K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa panik melihat gadis itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: