@aishah.bahr (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, memang kebanyakan anjing liar bersifat begitu. Tetapi, ada juga anjing liar yang jinak dan tidak membahayakan kita.
Namun, baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan seorang gadis Melayu bermain kejar-kejar dengan seekor anjing telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aishah.bahr, kelihatan dia dan kawannya berada di sebuah kawasan tempat letak kereta yang kosong.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila mereka itu didatangi oleh seekor anjing berwarna coklat di situ seolah-olah ingin ajak bermain.
Lebih menghiburkan lagi, gadis berkenaan mengajak anjing tersebut bermain lari-lari dan menyuruh ia mengejarnya.
Anjing itu dilihat seperti memahami arahan dan mengikut apa yang disuruh. Mereka bergilir-gilir mengejar antara satu sama lain.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mendapat 600.2K views, 85.1K likes dan 613 shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat gadis dan anjing itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: