HomeEntertainmentPenangan K-Drama Punya Pasal, Usahawan Ini Cipta Minuman Soju... Tapi Versi Halal....

Penangan K-Drama Punya Pasal, Usahawan Ini Cipta Minuman Soju… Tapi Versi Halal. Daebak!

Cover image via
KPop Mag
& Instagram @warungminiummik

Perkembangan muzik, drama serta filem dari negara republik terbabit membuatkan bukan sahaja orang kita malah masyarakat dari serata dunia semakin terdedah dengan budaya dan kehidupan orang Korea.

Ekoran daripada itu, ramai yang mula terpengaruh dengan budaya dari sana. Bermula daripada hiburan, seterusnya makanan, sehinggalah kepada skin care routine, make-up serta fesyen, rata-rata orang mula mendapat inspirasi daripada orang Korea.

Bagi peminat tegar drama Korea atau K-Drama pasti mengetahui minuman beralkohol yang sangat popular di Korea iaitu soju.

Difahamkan, sebotol soju mengandungi alkohol sebanyak 17 hingga 20 peratus dan minuman itu diperbuat daripada nasi, gandum atau kentang, dan ianya mudah didapati di Korea pada harga serendah satu dolar.

Ekoran gemar dan terpengaruh dengan K-Drama, Sovi, seorang usahawan kulinari dari Bandung telah mencipta soju versi halal yang dinamakan Mojiso.

Kata Sovi, “Idea tercetus kerana sering menonton drama Korea dan ingin mencuba makanan dan minuman yang ada dalam drama.”

Menurut Sovi, Mojiso tidak seperti soju oleh kerana bahan yang digunakan 100% berbeza membuatkannya halal.

“Ada banyak makanan Korea yang halal yang saya sudah cuba. Namun, saya belum mencuba minuman mereka,” katanya lagi.

Setelah mengetahui resipi mojito (minuman koktail) dari rakannya yang memiliki sebuah kafe, Sovi kemudiannya bereksperimen dengan resipi soju.

Menariknya, minuman tanpa alkohol yang dinamakan Mojiso itu digambarkan sebagai ‘Korean sparkling water’ telah dipasarkan mirip seperti botol soju yang berwarna hijau.

Sovi mula memasarkan hasil ciptaannya bersama rakannya yang memiliki kedai makanan dalam talian iaitu Warung Mini Ummik Project dengan harga 45,000 Rupiah (RM12.80).

Dikhabarkan, jualan minuman sparkling itu mendapat respon positif dan semakin berkembang.

You may be interested in:

Must Read

Related News