@tasyarev (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sampaikan ada yang sanggup membayar kos baju atau makeup yang mahal kerana ingin tampil lebih cantik dan menyerlah dari biasa.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video seorang wanita dari Indonesia yang dikatakan sanggup membayar makeup artist (MUA) yang menyolek di hari persandingannya sebanyak RM14,619 telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @tasyarev, kelihatan dia menunjukkan hasil makeup kahwinnya yang disolek oleh MUA terkemuka di Indonesia.
Meskipun makeup look itu kelihatan agak natural dan tidak terlalu over, kosnya lebih mahal daripada biasa kerana mungkin MUA menggunakan produk mahal.
Tetapi, tidak dinafikan wajah pengantin tersebut memang cantik setelah disolek dan serinya sangat naik di hari bahagia itu.
Lihat video penuh lain di bawah:
Manakala, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji hasil makeup kahwin wanita itu yang sangat cantik dan kelihatan seperti patung Barbie.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: