“Paling Rare Setakat Ini” – Pengantin Bersanding Dekat Mall Cetus Perbualan Netizen

0
260
Cover image via
@aleyyaaaa____ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik

Perkara itu disebabkan tetamu undangan yang ramai dan perlukan keselesaan. Pelbagai juga inisiatif pengantin untuk mengadakan majlis persandingan di taman, vila dan sebagainya.

Namun, baru-baru ini tular di TikTok yang memaparkan pengantin mengadakan majlis sanding di sebuah shopping mall telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aleyyaaaa____

Ade yang teringin nak macam nie ??#fyp #abcxyz #foryou

original sound – –

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang duduk di atas pelamin yang terletak di tengah-tengah shopping mall.

Pasangan pengantin itu siap mempunyai pengapit yang mengipaskan mereka. Rupa-rupanya, itu bukanlah majlis persandingan yang betul. Namun, itu hanya model pengantin yang berada di expo perkahwinan yang dipercayai di Aeon Melaka.

“Guys yang tu model je untuk event dekat Aeon Melaka”, komen Netizen.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 500K tontonan, 51K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut tertipu dengan video berkenaan.

Malah, mereka menyakat situasi itu di ruangan komen.

Berikut di bawah merupakan antara komen lucu daripada netizen di TikTok:

More stories to read: