Image via SinarPlus
& Image via Iluminasi
Tabiat mengumpat atau bercakap tidak baik tentang orang lain ini sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita.
Sesetengah mungkin beranggapan perbuatan mengata orang ini hanyalah sekadar jenaka atau salah satu cara’bonding’ dalam kalangan kawan-kawan.
Bukan itu sahaja, pada era moden masa kini, ada juga sebahagian yang suka memuat naik status atau perkongsian di laman sosial, semata-mata untuk memburukkan seseorang individu.
Sama ada kita yang mulakan perbuatan mengumpat ini atau sekadar menjadi pendengar sahaja, ia sebenarnya menampakkan akhlak diri kita.
Jika kita sendiri tidak mahu orang bercakap tentang diri kita, maka janganlah kita sesekali membincangkan aib orang lain pada sesiapa pun.
Tidak dapat dinafikan, PU Azman sememangnya antara penceramah yang sangat disenangi ramai ekoran keperibadiannya yang bersahaja namun tetap tegas dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan dirinya mudah diterima masyarakat.
Menerusi satu rakaman IG Live yang dibuat beberapa bulan lalu, beliau telah menjawab soalan pengikutnya tentang perbuatan membuka aib dan mengumpat seseorang. Ternyata perbuatan itu bukan sahaja boleh meleburkan kebaikan orang yang mengumpat, malah menjadi pahala terhadap orang yang diumpat.
Selain itu, PU Azman juga telah memberikan nasihat supaya tidak menilai atau judge orang berdasarkan kisah silamnya. Malah kita disuruh supaya sentiasa bersangka baik dan saling mendoakan yang baik-baik antara satu sama lain seperti yang dianjurkan agama Islam.
Cebisan daripada rakaman IG Live yang telah dimuat naik pengguna Twitter @Syadaabd_ pada bulan April lalu itu ternyata telah mendapat reaksi positif daripada netizen.
Ini kerana pada akhirnya, hanya Allah SWT sahaja yang boleh menilai baik buruk seseorang itu.
Antara komen menarik daripada netizen: