“Anggun & Cantik!” – Ini 7 Jenis Baju Kebaya Yang Wajib Dikenali Oleh Para Wanita

0
274
Cover image via Alogada na_bhir (Pinterest) , The Independent Singapore News , Popbela

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi kaum Melayu, baju tradisional mereka merupakan baju kurung dan baju kebaya. Pada zaman dahulu, mereka sering mengenakan pakaian tradisional klasik untuk menghadiri majlis-majlis tertentu.

Sudah tentu, baju-baju ini mengalami perubahan inovasi yang tersendiri tahun demi tahun. Sebagai contoh, baju kebaya yang sering dipakai dahulu kini juga mempunyai sedikit perubahan dari segi fesyen.

Baju kebaya menjadi kebanggaan masyarakat Nusantara termasuklah negara Malaysia dan Indonesia. Negara yang kaya dengan budaya seperti seni batik ini merancakkan lagi industri fesyen baju kebaya.

1. Kebaya Kartini

Kebaya Kartini dinamakan sempena wirawati Indonesia yang bernama Kartini. Kebaya Kartini diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak telus.

Kebaya ini menutupi bahagian belakang punggung dan panjang ke bawah. Dengan mengenakan kolar berbentuk V, ia disamakan dengan kebaya Peranakan Encim.

Sesiapa yang memakai kebaya ini sudah tentu akan kelihatan tinggi, anggun dan menawan.

2. Kebaya Jawa

Kebaya elegan ini kebiasaannya berwarna hitam. Kebaya ini menggunakan kain yang tidak telus atau semi-transparent. Berbentuk V-neck cut dan U-neck supaya kelihatan lebih elegan.

Kebaya gaya ini sering dijahit bunga atau embroidery di bahagian tangan. Pelbagai jenis kain digunakan iaitu kain cotton, silk, baldu dan lain-lain.

Bahagian kainnya pula selalu akan dikenakan dengan kain batik berwarna gelap atau coklat.

3. Kebaya Kutubaru

Kebaya Kutubaru ini juga kebaya yang berasal daripada Jawa Tengah. Ia seakan-akan sama seperti kebaya Jawa, cuma yang membezakan adalah kebaya ini mempunyai kain di tengah-tengahnya.

Kain tersebut untuk menghubungkan belah kiri dan kanan baju. Perkara ini adalah untuk memperingati gaya wanita zaman dahulu yang memakai kemban.

4. Kebaya Bali

Kebaya Bali ini menjadi semakin hangat kerana kecantikannya apabila digayakan. Kebaya ini mempunyai V-neckline dan kolarnya berlipat.

Kain yang digunakan kebiasaanya kain jenis lace iaitu jenis semi-transparent. Pada awalnya, wanita dahulu suka mengenakan baju ini dengan kerongsang, tetapi sekarang mereka hanya mengikat bahagian pinggang dengan shawl.

5. Kebaya Sunda

Kebaya Sunda selalunya diperbuat daripada brokat. Kebaya ini mengalami banyak perubahan inovasi sehingga masyarakat Indonesia ramai mengenakan baju ini untuk pernikahan.

Kebaya Sunda dipakai dengan ketat. Kebiasaannya, ia mempunyai kolar bentuk U yang dijahit dengan pelbagai manik dan bunga. Kain baju ini sangat panjang sehingga terseret.

6. Kebaya Nyonya

Kebaya Nyonya sememangnya sangat popular di Malaysia dan Singapura. Kebaya Nyonya menggunakan fabrik yang lebih ringan berbanding kebaya lain.

Bunga dan maniknya juga tidak keterlaluan dan mengenakan konsep minimalis. Kebaya ini mempunyai pelbagai warna yang menarik.

7. Kebaya Eurasian

Kebaya ini popular dalam kalangan wanita Eropah semasa zaman penjajahan Belanda di Indoneisa. Sejarah mencatakan bahawa mereka gemar mengenakan baju kebaya yang dilihat longgar kerana musim yang panas di Indonesia.

Mereka mendapat idea untuk inovasikan baju ini adalah daripada pembantu rumah dan gundik-gundik pada zaman dahulu. Mereka sering mengenakan kebaya berwarna putih dan kain yang ringan. Lace yang digunakan diimport daripada Belanda.

Image via SAYS Seismik

More stories to read: