Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memang banyak bahasa yang boleh digunakan untuk dijadikan sebagai perantara antara kita semua. Setiap negara mempunyai bahasa masing-masing yang difahami oleh semua rakyatnya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita menggunakan bahasa pelik untuk membaca buku cerita telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang gigih membaca buku cerita yang penuh dengan angka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita itu dilihat membaca perenggan dengan begitu lancar. Ramai yang rasa teruja apabila mendengar bacaan wanita itu.
Rupa-rupanya, bahasa nombor itu memang wujud. Ia dikenali sebagai ‘Kaedah Mokhdar’ yang diterajui oleh Encik Mokhtar.
Lihat gambar di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 393K tontonan, 37K tanda suka dan 900 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: