Bukan setakat rakyat marhaen yang terjebak dengan penangan aplikasi ini, tapi selebriti dalam dan luar negara pun tidak terlepas daripada fenomena TikTok.
Bukan itu sahaja, dengan aplikasi ini, pelbagai idea dan kreativiti boleh dicurahkan ke dalam usaha menghasilkan video yang mampu menarik perhatian dan mendapat tontonan orang ramai.
Malah, aplikasi TikTok ini sekiranya digunakan dengan betul, mampu menghilangkan rasa stres mereka yang membuatnya di samping menghiburkan hati mereka yang menonton.
Tambahan pula, penggunaannya yang mudah juga sesuai untuk semua peringkat umur.
Dinamakan #cocomelonchallenge atau Cabaran CocoMelon, apa yang berlaku ialah setiap kali lagu nursery rhyme dari saluran itu dimainkan oleh ibu, confirm anak kecil atau bayi akan terus datang menghampiri.
Perkara ini telah dibuktikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Atul, yang mana videonya telah dimuat naik di laman TikTok serta Twitter miliknya.
Bukan itu sahaja, Atul kemudiaannya turut memuat naik video susulan sekali lagi membuktikan keberkesanan lagu nursery rhyme itu dalam ‘menyeru’ anak kecilnya.
Lihat sendiri video di bawah, laju betul anaknya datang menghampiri selepas mendengar lagu itu!
Malah, terdapat juga beberapa netizen yang belum berkahwin dan tidak mempunyai anak telah melakukan cabaran itu kepada anak saudara mereka.
Antara komen menarik daripada netizen: