[VIDEO] Wanita Ini Tak Sangka Pagi Buat Pregnancy Test, Malam Terus Lahirkan Anak

0
385
Cover image via @bidanzulfa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sesungguhnya, anak merupakan anugerah paling terindah buat setiap ibu bapa. Namun, itu semua adalah rezeki dan bahagian masing-masing yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

Ada pasangan yang dikurniakan zuriat sejurus selepas berkahwin. Tetapi, ramai lagi pasangan di luar sana sebenarnya yang sudah menantikan cahaya mata bertahun lamanya. Malah, ada yang sampai sudah give up kerana sudah mencuba pelbagai cara.

Baru-baru ini, tular sebuah kisah yang sangat luar biasa memaparkan seorang wanita di Indonesia mendapat anugerah terindah di akhir tahun yang tidak pernah disangkanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian di laman TikTok milik @bidanzulfa, kelihatan wanita itu berkongsi berita gembira apabila dikurniakan cahaya mata setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Apa yang menjadikan kisah itu unik adalah apabila wanita tersebut sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah sembilan bulan.

Menurut Bidan Zulfa, wanita itu sempat melakukan pregnancy test pada awal pagi dan ternyata hasilnya positif.

Tetapi, dia tidak menyangka simptom perut memulas iaitu contraction pada hari yang sama berakhir dengan dirinya selamat melahirkan seorang bayi yang sangat comel dan sempurna.

Mungkin ramai yang pelik dan tidak percaya bagaimana dia boleh tidak perasan dirinya hamil selama sembilan bulan. Namun, Bidan Zulfa sempat menerangkan situasi sebenar yang dialami oleh wanita berkenaan.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut mengucapkan syukur dan seronok mendengar khabar gembira itu.

Malah, ramai yang berdoa agar mereka juga dikurniakan rezeki zuriat serta dipermudahkan urusan seperti wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: