Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Disebabkan itu, terpaksalah kita menelefon reception hotel kembali untuk memberitahu dan menunggu mereka datang untuk membetulkannya.
Namun, lain pula dengan video kejadian yang berlaku dengan sekumpulan lelaki ini apabila terpaksa berdepan detik ‘cemas’ kerana paip bilik air rosak telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang berada di dalam bilik air sebuah hotel.
Rupa-rupanya mereka cuba mengelakkan diri daripada terkena pancutan paip di bilik air yang dilihat seperti rosak dan ‘mengganas’.
Situasi itu membuatkan mereka takut dan terpaksa berada di dalam shower buat seketika.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dan memberikan pendapat mereka selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 450.2K views, 8,851 likes dan 155 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: