Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat hilangkan stres dan mengisi masa lapang jika merasa kebosanan.
Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila aksi nyanyian seorang wanita semasa karaoke bersama rakannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan rakan sedang berada di dalam bilik salah sebuah pusat karaoke.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah salah seorang daripada mereka dilihat begitu bersungguh menyanyikan lagu sehingga berdiri di atas kerusi dengan penuh emosi.
Aksinya itu membuatkan rakan yang lain tergelak melihatnya dan hanya melayankan saja rentaknya itu.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 80.2K views, 4,865 likes dan 250 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


