HomeEntertainment"Jangan Tinggal Isteri Di Rumah Mentua Tanpa Rela" - Kisah Wanita Di'seksa'...

“Jangan Tinggal Isteri Di Rumah Mentua Tanpa Rela” – Kisah Wanita Di’seksa’ Ibu Mentua

Tolonglah kaum lelaki kalau rasa hendak kahwin, tanyalah pada diri mampu atau tidak sekurang-kurangnya sewa bilik untuk tinggal bersama isteri. Jika tidak mampu, tolonglah jangan kahwin. Tangguh sahajalah hasrat itu dahulu. Puasa banyak-banyak.

Juga, kepada para suami, usahlah pentingkan diri sendiri. Anda memanglah selesa tinggal di rumah keluarga, ‘ditimang, dimanja’ tapi fikirkanlah perasaan dan hak isteri juga.

Dia tidak dilahirkan oleh ibu yang sama, membesar dalam keluarga yang sama, nilai yang sama bahkan cara bercakap yang sama. Ada keluarga cakap dalam loghat utara, isteri berasal dari pantai timur, ambil masa lama untuk memahami setiap perkara. Ada orang, memang sudah terbiasa cakap dalam keadaan menjerit sentiasa sedang isterinya datang dari keluarga yang rumahnya lebih senyap daripada perpustakaan negara.

Rumah, tempat tinggal adalah nafkah, kewajipan untuk isteri dan anak-anak. Tidak perlu mewah, atau cantik, yang penting dipersetujui bersama oleh suami isteri. Jika ada antara suami atau isteri tidak bersetuju untuk tinggal sebumbung dengan ibu bapa, tapi dibawa juga tinggal di sana, bermakna nafkah belum lengkap diberi.

Rumah ibu bapa tidak dikira nafkah daripada suami walaupun suami menyediakan beras, sardin, ikan, ayam, bil air, gas, elektrik di dalamnya. Selagi suami tidak membayar rumah itu atas tajuk ‘bayaran rumah’ kepada namanya (melalui sewa beli, jual beli, harga tanah, cukai pintu, ataupun bayar sewa kepada ibunya sendiri) ianya tidak dikira nafkah kepada isteri.

1) Mengapa tinggal di rumah keluarga suami bukan pilihan yang bagus?
Kerana isteri berhak untuk memakai pakaian yang dia selesa di dalam rumah.

2) Mengapa tinggal di rumah keluarga isteri bukan pilihan yang bagus?
Kerana adik beradik perempuan isteri berhak bebas bergerak dalam rumah ibu bapanya dengan selesa.

3) Mengapa tinggal di rumah keluarga / ibu bapa bukan pilihan yang bagus?
Kerana hakikat suami isteri perlukan ruang privasi dan keintiman yang sulit untuk dibicara. Kediaman yang selain sakinah, mawaddah, rahmah untuk menjalankan aktiviti fitrah rumah tangga, juga boleh bertindak sebagai kubu dan bilik mesyuarat rahsia. Yang perbincangan, kata sepakat mahupun pertelagahan di dalamnya tidak dapat didengari telinga luar yang bukan sebahagian daripada ijab kabul yang menghalalkan hubungan sepasang manusia (hanya sepasang – satu lelaki, satu perempuan).

Must Read

Related News