“Panggil Bomba” – Puting Tersangkut Dekat Kaki, Reaksi Lucu Bayi Ini Buat Ramai Terhibur

0
310
Cover image via @mommyan14 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, perangai mereka yang panjang akal itu memang sangat menggeramkan. Kadangkala, ada saja gelagat mereka yang lucu sehingga boleh menghiburkan orang ramai.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang bayi dilihat keliru dengan putingnya yang tersangkut telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mommyan14

macam mana nak buat ni? auntie uncle boleh tolong firash tak

GOOD BOY X DANCE MANCING – Rian.A

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang bayi sedang menghisap puting getah sambil aksinya dirakam oleh ibunya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si bayi dilihat struggle untuk mengambil dan menghisap putingnya itu. Dia kelihatan sangat keliru dan pelik dengan putingnya yang asyik jatuh walaupun sudah beberapa kali dicapai dan didekatkan kepalanya.

Rupa-rupanya, kakinya tertindih rantai puting sehinggakan putingnya tersangkut lalu tidak dapat mencapainya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@mommyan14

Reply to @ernaaziz5346 part 2 xda sis..cara lain ada?

original sound – anisumar – anisumar

Susualn tularnya video itu yang kini meraih sehingga 138K tontonan, 6K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lucu bayi itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: