Jenama ubat jerawat Nixoderm itu sememangnya popular dalam kalangan pengguna. Oleh kerana tularnya video itu, produk tersebut sekaligus mendapat permintaan yang tinggi.
Menerusi sumber, Nisolab, yang memiliki hak perlesenan produk Nixoderm di Malaysia dan Singapura menyedari jualan krim jerawat itu meningkat sebanyak 30 hingga 40 peratus di platform peruncit pada Disember. Pertumbuhan jualan di gedung dalam taliannya di platform membeli belah Shopee juga meningkat berganda.
Trend itu bermula dengan satu video yang dihasilkan oleh Amir Aqram Azizi di akaun TikTok miliknya @thedancedoc pada 16 Disember tahun lepas. Dia menjelaskan bagaimana untuk menggunakan krim Nixoderm untuk menghapuskan jerawat. Video tersebut mendapat lebih 208,100 tontonan dengan hampir 14,000 tanda suka.