Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Gelak tawa dan tangisan mereka memang membuatkan suasana di kampung semakin meriah. Momen-momen indah bersama keluarga semestinya tidak dapat dilupakan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila dua orang sepupu bergaduh sampai tidak mahu berhenti apabila bertemu di kampung telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di kampung untuk meluangkan masa.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dua orang budak lelaki yang merupakan sepupu itu bergaduh sakan. Mereka dilihat saling tolak menolak dan pukul memukul tanda tidak puas hati. Akhirnya, pergaduhan itu terpaksa dileraikan oleh atuk dan nenek mereka.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 971K tontonan, 70K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan mereka. Malah, ramai yang boleh relate dengan situasi tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: