[VIDEO] Stress Kawan Berdengkur Macam Drill Dinding, Lelaki Ini Sampai Nak Baling Selipar

0
277
Cover image via @sani_art_5 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tambahan pula jika rumah sewa lelaki dan semua jenis tidur berdengkur. Memang sakit telinga dibuatnya bagi mereka yang tidak biasa dengan situasi itu.

Begitulah yang terjadi dalam video tular ini apabila seorang lelaki tidak tahan dengan bunyi kawan-kawannya yang tidur berdengkur telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sani_art_5, keliihatan dia terjaga dari tidurnya selepas mendengar bunyi yang tidak menyenangkan.

Rupa-rupanya, bunyi bising tersebut datang dari beberapa orang kawan sebiliknya yang sedang berlawan dengkur.

Apa yang menghiburkan adalah, bunyi dengkur mereka ada yang kedengaran seperti orang sedang drill dinding, ada yang macam bunyi lembu dan enjin VTEC pun ada.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah sehingga 2.9M views, 101K likes dan 14.6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut berdekah selepas mendengar pelbagai jenis bunyi dengkur kawan-kawan lelaki itu.

Malah, ada yang sempat berseloroh boleh siap satu rumah banglo kerana bunyi dengkur mereka seperti mesin konkrit tengah tebuk lubang dinding.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: