Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ia bertujuan untuk menjaga batas pandangan bagi kaum lelaki yang bukan mahram. Selain itu, seseorang akan nampak lebih manis jika auratnya ditutup dengan penuh.
Namun, lain pula yang terjadi kepada gadis ini apabila dia terpaksa menjadikan handsocks sebagai stoking telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @lieeza.lee, kelihatan gadis itu tergesa-gesa ingin keluar rumah untuk menyelesaikan urusan sehariannya.
Tetapi, gara-gara dia agak kelam kabut dan tidak menjumpai stokingnya, akhirnya gadis itu pasrah menjadikan handsocks sebagai stoking sebagai penutup auratnya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen dalam kalangan wanita turut berkongsi pengalaman sama mereka menjadikan handsocks sebagai stoking, anak tudung dan sebagainya.
Setakat ini, video berkenaan telah meraih 698.3K views, 83.2K likes dan 2K shares di laman TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: