[VIDEO] Dari Saja Ambil Gambar Berdua, Wanita Tak Sangka Kahwin Dengan Crush Sendiri

0
405
Cover image via @nofayuiyie (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita hanya perlu mendoakan apa yang terbaik buat diri kita. Jika sudah sampai masanya untuk berkahwin, pasti Tuhan akan menghantar seseorang buat kita.

Begitulah juga dengan perkongsian kisah cinta antara wanita ini dan suaminya apabila video mereka tular di TikTok telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi detik perkenalan di antara dia dan suaminya suatu ketika dulu.

Suaminya itu berbangsa Cina, manakala wanita itu pula berbangsa Melayu. Pertemuan mereka bermula selepas mereka berdua baru selesai membuat persembahan hari kebudayaan. Wanita itu kemudian mengajak si suami yang juga merupakan crushnya untuk bergambar sebagai kenangan.

Namun siapa sangka, daripada situ hubungan mereka mula rapat dan masing-masing mempunyai rasa cinta yang sama sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Mereka kini sudah pun mempunyai seorang anak lelaki.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat kisah cinta pasangan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 105.8K views, 6,921 likes dan 142 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: