Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, jururawat di hospital kerajaan dan swasta sememangnya memberikan layanan yang berbeza.
Kadangkala, perkara itu membuatkan sesetengah wanita serik untuk mengandung lagi kerana tidak dilayan dengan baik semasa berada di wad bersalin.
Sama seperti situasi yang dikongsi oleh seorang wanita di TikTok ini apabila dia menceritakan pengalaman bersalinnya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mamamokklu, kelihatan dia berkongsi pengalamannya semasa ingin membuat check up di satau satu cawangan klinik kesihatan kerajaan.
Menurutnya, dia merasa sangat kecewa apabila terpaksa berurusan dengan jururawat yang bersikap tidak profesional melayan ibu-ibu mengandung.
Malah, seorang lagi wanita di ruangan komen berkongsi pengalaman pahitnya semasa di wad bersalin dan sedang menahan sakit contraction.
Dia diperli oleh nurse di sana yang berkata dia mengada. Bukan itu saja, nurse itu juga siap membuka cerita dalam selimut dan menyamakan sakit contraction itu dengan saat ‘bersama’ suami.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terutamanya dalam kalangan wanita turut berkongsi pengalaman mereka semasa bersalin.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


